Peraduan Blog

Tuesday, 15 July 2008

Guli

Guli merupakan sejenis permainan kanak-kanak berbentuk bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.
Cara bermain:
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

Wau

Pelbagau jenis wau:
Ada pelbagai jenis bentuk wau yang telah dicipta. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Cara bermain:
Wau permainannya seperti permainan layang-layang. Wau dimain denagn dua orang. Salah satu daripada mereka akan memegang wau itu dan lagi satu memegang tali (juru anjung). Apabila angin bertiup, tali akan ditarik melawan arus angin denagan cara menghulur dan menarik talinya sehinnga wau itu di atas udara.

Monday, 14 July 2008

Galah panjang

Sejarah tentang Galah Panjang:
Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris.
Cara-cara bermain:
Setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.
Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

Syarat-Syaratnya:
-Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
-Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh. aratnya:

Batu seremban

Batu seremban biasanya dimain oleh perempuan. Permainan ini senang dimain dibandingkan dengan congkak kerana batu seremban hanya digunakan 5 batu sahaja. Kita boleh bermainan dengan lima, tujuh atau sembilan benda menentukan apa permainan yang kita bermainan.
Cara-cara bermainnya:
Objektif tentang permainan ini ialah untuk memcampak salah satu daripada lima batu itu dalam satu dan sementara itu mengambil lagi satu batu itu di lantai secara serentak mengambil batu yang dbuangnya tadi. Permainan ini dimain hingga ke level yang advance dan dari situ lah permainan itu semakin lama semakin membingunkan. Permainan ini sekarang dimain oleh pelbagai jenis orang tidak kira tua atau muda asalkan mereka ada kegembiraan bermainnya.

Sepak Takraw

Sepak takraw:
Sepak takraw merupakan sejenis permainan dua pasukan yang dianggotai oleh tiga pemain. Permainan sepak takraw mempunyai jaring yang memisahkan antara pemain dan dimainkan di gelanggang yang sama seperti badminton. Bola takraw pula diperbuat daripada rotan.
Cara-cara bermain:
Tekong - yang melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang.
Apit kiri mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.
Apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Thursday, 3 July 2008

Gasing


Gambar ini diambil oleh ayah saya di melaka.

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Wednesday, 2 July 2008

Karangan Ekspositori

Permainan tradisional melayu adalah permainan yang paling menarik sekali dari zaman dahulu. Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional. Ia adalah congkak, capteh, wau, sepak takraw , batu serembat, gasing, laying-layang, gusti lengan dan lain-lain lagi. Permainan tradisional pilihan saya adalah congkak. Saya memilih congkak kerana ia sungguh menarik dan amat menarik. Ia juga senang dimain dang digemari remain orang. Congkak diperbuat daripada kayu dan batu-batunya diperbuat oleh kaca atau pada zaman dahulu, biji asam.

Pada zaman dahulu, permainan-permainan seperti gasing, layang-layang, capteh dan sebagainya telah diperkenalkan sejak tahun 1900 atau lebih sebelumnya. Permainan ini hingga sekarang mash diperkenalkan kepada masyarakat melayu. Zaman dahulu, permainan mereka diperbuat daripada pokok-pokok atau apa sahaja yang mereka boleh jumpa. Tetapi zaman sekarang mereka mengubahnya. Seperti guli dahulu mengunakan biji asam dan sekarang memakai kaca yang membentuk bulat dan berwarna-warni.

Permainan seperti ini mungkin akan hapus kerana zaman canggih dan serba boleh masyarakat melupakan tentang permainan tradisional ini. Tetapi mash ada masyarakat yang menganjurkan perlawanan sepak takraw, capteh dan sebagainya.

Cara-cara untuk melestarikan permainan tradisional ini ialah menganjurkan sebuah pestari untuk mengingatkan orang ramai supaya permainan-permainan tradisional ini tidak pupus. Sekolah-sekolah merata tempat juga boleh menganjurkan pesta-pesta seperti perlawanan sepak takraw, capteh, congkak dan sebagainya.

Saya harap permainan-permainan tradisional melayu ini tidak akan pupus supaya budak-budak zaman nanti akan menyaksikan permainan ini semua dan menggemari bermaian dengannya.

Pantun

Saya ada pantun yang saya mahu kamu semua baca :D

mengapa takut melempa belati
esok lusakan ditempa juga
mengapa takut menempuh hati
esok lusakan ditempuh juga.

maksudnya: mengapa takut dengan sesuata apabila esok rusa mesti menempuhnye juga

Congkak


Inilah congkak yang saya petik di camera saya. Gambar ini dipetik di rumah saya.
Congkak biasanya dimain oleh orang-orang Singapura, Indonesia dan juga malaysia. Congkak biasanya dimain oleh orang perempuan. Congkak diperkenalkan pada tahun 1894 oleh American perempuan. Namanya Steward Culin.
Cara-cara bermain congkak:
- 2 orang boleh bermain
- Dalam satu lobang mesti ada 9 atau 8 goli
- Orang yang dikiri mesti bergerak ke kanan dan yang kanan mesti bergerak ke kiri
Itu sahajalah yang saya dapat informasi tentang congkak.

Tuesday, 1 July 2008

Pandangan saya terhadap permainan tradisional

Pandangnaku terhadap permainan tradisional adalah satu permainan yang amat menarik sekali.Hingga zaman sekarang permainan tradisional ini masih ada pada generasi sekarang.Permainan-permaianan tradisional adalh congkak, capteh, wau, sepak takraw, batu serembat dan lain-lain lagi. Congkak adalah permainan tradisional yang amat menarik kerana ia senang dimain dan amat seronok. Pada zaman dahulu, Orang menggunakan biji untuk membuatnya sebagai guli. Tetapi zaman sekarang sudah ada pun guli-guli yang berwarna-warni. Tetapi yang saya amat tidak menggemari ialah permainan capteh. Ia sungguh susah untuk bermain. Kamu metilah campak capteh itu ke atas dan cuba menendangnya balik ke atas tanpa menjatuhinya. Capteh diperbuat daripada bulu-bulu yang berwarna-warni dan ade besi bulat di bawahnya supaya ia tidak susah untuk mencampaknya. Permainan yang paling menarik ialah batu serembat. Batu serembat boleh bermain dengan ramai orang dan mencabar mereka dengan mencampak batu itu dan menangkapnya balik tanpa menjatuhinya.